Rabu, 6 Januari 2010

gambar menyusur denai mat kilau





Hem...awal2 sem lagi aku telah meletakkan azam untuk menguruskan badan...sudah lama ku idamkan namun nasib masih tidak menyebelahiku walaupun aku telah berusaha..TP x apelah..yg aku ingin ceritakan tentang pengembaraanku merentasi banjaran titiwangsa dari Slim RIver ke Raub pahang sejauh 30km dengan ketinggian lebih kurang 1500 kaki...huh..sungguh memenatkan perjalanan selama 8 jam merentasi denai serta sungai2 ..namun inilah pengalamanku yg paling menarik kerana aku berjaya menghabiskan pengembaraan walaupun badanku begini..tahniah ke atas diriku..Dalam perjalanan,banyak dugaan yg aku tempuhi.yelah pertama kali naik gunung,tp dugaan ini tidak pernah menghalangku tetapi menjadikan aku lebih bersemangat menyertai pogram seperti ini. Di sini,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada abg2 kesihatan sera abang2 dari anggota Smart yg sanggup menolong serta menungguku menghabiskan pendakian sehingga ke penghabisan. Hal ini disebabkan,seppanjang pendakian, aku mengalami kesukaran kerana kasutku rosak dibahagian hadapan. ini menyebabkan aku beberapa kali tersungkur dan jatuh..namun aku gagahi juga untuk menghabiskan pendakian. Hujan yang lebat juga melanda menyebabkan pendakianku semakin sukar..kasutku makin rosak seperti buaya ternganga mulut..hahahah....apa lagi lagilah aku jatuh macam nangka busuk...nasiblah abg2 yang menjagaku sanggup meminjamkan selipar asadi..walaupun licin,namun aku tetap bersyukur kerana rakanku nadia dan syai sanggup menemankan aku.terima kasih yang tidak terhingga kepada dorang.pertolongan korang sangat aku hargai. Mengikut pengiraanku, aku tergolong dalam orang yang paling hujung perjalanan.namun aku gagahi juga sehingga tamat perjalananku...Inilah dugaan yang aku rasa sangat mencabar menguji ototku serta kesabaranku untuk teruskan perjuangan. Dan di sinilah baru aku mengenali bahawa diriku seorang yang bersemangat tinggi serta mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menceburi dugaan. Semoga pengalaman ini akan aku bawa dalam diriku yang ingin menjadi seorang kaunselor berjaya suatu hari nanti. Tentang kasut pinkku, aku hanya mampu tersenyum sahaja kerana sepanjang perjalanan pulang dan tiba di UPSI, abang2 tetap memerliku dengan mengatakan kasut pink saper tertinggal dalam hutan..Hahaaha....Kenangan yang akan kuabadikan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

baru belajar buat blog ni...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.