Ahad, 26 September 2010

Selamat HARI RAYA AIDILFITRI sume


Rasanyer lama sangat x update blog.mklumlah kemalasan teramat sangat tambah bebanan asgment yg x pernah putus-putus apabila digelar pelajar. Tp semenjak seminggu ni rajin plk aku buka blog ni..mgkn kerinduan nak upgrade blog ni buat aku nak tengok blog ni..First skali, Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua rakan-rakan mahupun taulan. Di kesempatan ini nak minta maaf zahir dan batin terutama kepada rakan-rakan yang rapat di UPSI, kampung dan sekolah .
Nak cerita pasal raya ni,aku seronok sangat raya tahun ni sebab berkesempatan beraya bersama keluarga, rakan-rakan tersayang serta saudara maraku. Thanks kepada sesiapa pemberi duit raya kepadaku.Tahun ni aku dapat duit raya hampir RM200.. X sangkakan besar2 pon dpt duit raya..heheh..
Kenangan yang tidak dapat aku lupakan pada tahun ni apabila first time dapat beraya rumah bakal mertua selama tempoh 3 tahun bercouple. Seronok bukan kepalang apabila mereka menerimaku seadanya..Apa lagi, bila da diterima nak tunggu masa yang ditunggu-tunggu jela.. Insyaallah, dalam tempoh 2 tahun lagi aku target untuk menamatkan zaman bujangku. Insyaallah, Doakan moga doaku termakbul.Amin

Khamis, 25 Februari 2010

Rabu, 24 Februari 2010

Terharu..tersentuh...sedih..

Salam kengkawan..Apa khabar korang..hope chatlah yer tambahan cuti ni mesti makin sihat.ye lah,baru jumpa familykan.Hari ni aku nak kongsikan satu cerita yang aku rasa menyentuh hati..sebelum tu,korang search kat ruangan video tu, cari tajuk video "surat dari ibu"..Dah tengok ker!!Amat menyentuh bukan..Sedih pilu sumenya ada..Kenapa yer dahulu waktu kecil ibu bapa kita boleh membela kita namun apabila dewasa kita seperti lupa daratan..Kerja bagus-2 tapi nak jengok ibu bapa pon susah bila sudah bekerjaya.Aku amat tersentuh bila tengok video ni.Aku harap korang janganlah jadi macam tu..ye lar, kesian sangat lihat ibu yang menunggu kepulangan anak, sampai meninggal dunia pun x sempat tengok muka anak nyer.. Cuba bayangkan bagaimana muka ibu bapa kita saat menghadapi kematian akibat rindukan anaknya..sadis bukan..Jadi pesanan untuk kawan2, pengajaran buat kita ni.Macam mana pon kerja besar,jauh..jengok2 lah selalu ibu bapa kita.Kalau x sempat pon, telefonlah selalu sekadar bertanyakan khabar..Manalah tahu itu adalah saat terakhir kita menengar suara mereka dan selama-lamanya kita tidak akan mendengarnya..Janganlah sudah terjadi sesuatu baru nak menyesal..dan jangan lah jadi anak derhaka nanti takkan dapat cium bau syurga..

Sabtu, 9 Januari 2010

gotong royong membersihkan blok

hari ni bermulalah kembali tugasku sebagai AJK blok selepas 6 sem menyandang jawatan ini...Gotong royong blok tiap2 sem akan diadakan.Namun kebiasaannya hanya AJK blok yang bertukus lumus memanggil ahli blok untuk sama2 meraikan kerja amal ni.bermula jam 8.30 pagi dan tamat pukul 1 lebih..aku berjaya menghabiskan tugasku untuk mengawasi ahli2 blok menyiapkan kerja...huh...macam2 karenah yang aku terima.namun itu tidak pernah menjadi penghalangku untuk terus setia menguruskan blok aku..Harap2 tahun ini aku dapat mencipta kejayaan dalam perjuanganku sebelum aku menghabiskan peluh yang terakhir dan tamat kontrak bulan 4 ni..kepada adik2 serta penghuni baru,,marilah sama2 kita mengharumkan nama blok serta terus pertahankan gelaran Blok terbaik di UPSI pada tahun lepas..sekian

Rabu, 6 Januari 2010

gambar menyusur denai mat kilau





Hem...awal2 sem lagi aku telah meletakkan azam untuk menguruskan badan...sudah lama ku idamkan namun nasib masih tidak menyebelahiku walaupun aku telah berusaha..TP x apelah..yg aku ingin ceritakan tentang pengembaraanku merentasi banjaran titiwangsa dari Slim RIver ke Raub pahang sejauh 30km dengan ketinggian lebih kurang 1500 kaki...huh..sungguh memenatkan perjalanan selama 8 jam merentasi denai serta sungai2 ..namun inilah pengalamanku yg paling menarik kerana aku berjaya menghabiskan pengembaraan walaupun badanku begini..tahniah ke atas diriku..Dalam perjalanan,banyak dugaan yg aku tempuhi.yelah pertama kali naik gunung,tp dugaan ini tidak pernah menghalangku tetapi menjadikan aku lebih bersemangat menyertai pogram seperti ini. Di sini,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada abg2 kesihatan sera abang2 dari anggota Smart yg sanggup menolong serta menungguku menghabiskan pendakian sehingga ke penghabisan. Hal ini disebabkan,seppanjang pendakian, aku mengalami kesukaran kerana kasutku rosak dibahagian hadapan. ini menyebabkan aku beberapa kali tersungkur dan jatuh..namun aku gagahi juga untuk menghabiskan pendakian. Hujan yang lebat juga melanda menyebabkan pendakianku semakin sukar..kasutku makin rosak seperti buaya ternganga mulut..hahahah....apa lagi lagilah aku jatuh macam nangka busuk...nasiblah abg2 yang menjagaku sanggup meminjamkan selipar asadi..walaupun licin,namun aku tetap bersyukur kerana rakanku nadia dan syai sanggup menemankan aku.terima kasih yang tidak terhingga kepada dorang.pertolongan korang sangat aku hargai. Mengikut pengiraanku, aku tergolong dalam orang yang paling hujung perjalanan.namun aku gagahi juga sehingga tamat perjalananku...Inilah dugaan yang aku rasa sangat mencabar menguji ototku serta kesabaranku untuk teruskan perjuangan. Dan di sinilah baru aku mengenali bahawa diriku seorang yang bersemangat tinggi serta mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menceburi dugaan. Semoga pengalaman ini akan aku bawa dalam diriku yang ingin menjadi seorang kaunselor berjaya suatu hari nanti. Tentang kasut pinkku, aku hanya mampu tersenyum sahaja kerana sepanjang perjalanan pulang dan tiba di UPSI, abang2 tetap memerliku dengan mengatakan kasut pink saper tertinggal dalam hutan..Hahaaha....Kenangan yang akan kuabadikan bersama.

AZAM 2010

Salam untuk semua...nampaknyer aku mula2 berjinak dengan blog ni..hem ikutkan hati malas cikit nak buat blog ni..selalu kena updatekan...tapi bagi aku mungkin ini satu ilmu baru bagi diriku..mungkin skrang x penting lagi..tp masa akan datang siapa yang tahukan...bagi rakan-rakanku yang mengenali diriku,jangan luper add aku dalam blog korang yer...k,good luck untuk korang..OOO..yer azam baru aku aper yer...emm..banyak jugak...azam aku tahun ni nak dapatkan first class untuk semester 6 ni...boleh ker bagi diriku...